Ikhsanudin Ikhsanudin Author
Title: Tentang Sintaksis dan Semantik
Author: Ikhsanudin
Rating 5 of 5 Des:
Tentang Sintaksis dan Semantik Struktur dalam `standard' dan pewakilan semantik Mungkin ganjil sedikit dalam sesebuah buku semantik me...
Tentang Sintaksis dan Semantik
Struktur dalam `standard' dan pewakilan semantik
Mungkin ganjil sedikit dalam sesebuah buku semantik membiarkan pembicaraan tentang hubungan antara semantik dengan bahagian lain dalam tatabahasa di akhir buku ini. Malah tentu ramai yang kecewa kerana saya tidak banyak membicarakan rumus pewakilan semantik yang terperinci: kita belum lagi meneliti satu pencirian se¬antik yang lengkap bagi satu-satu. ayat pun. Tetapi perbuatan mengemudiankan itu memang disengajakan. Seperti yang diharap¬kan telah dipertunjukkan dalam kedua-dua bab sebelum ini, terdapat kejahilan yang meluas tentang beberapa aspek sifat semantik ayat, hinggakan tugas memberi satu huraian semantik ayat yang lengkap pada masa ini tidaklah munasabah. Namun terdapat satu masalah yang perlu diselesaikan sebelum apa juga sifat semantik ayat dapat dicirikan secara rumus: masalah hubungan antara pengitlakan sin¬taksis terhadap sesuatu bahasa dengan pengitlakan semantik ter-hadap bahasa yang sama. Masalah keseluruhannya begini: andai kata kita perlu menyatakan pengitlakan semantik terhadap sesuatu bahasa, dan andai kata:kitaperlu menyatakan pengitiakan sintaksis terhadap sesuatu bahasa, apakah hubungan antara kedua-dua jenis rumus bahasa ini? Sehingga kini kita telah meneliti (Bab 6 dan 7) satu bentuk pengitlakan semantik berdasarkan komponen seman¬tik yang bergabung dalam berbagai-bagai cara untuk memancarkan makna item leksikal dan ayat. Setakat ini saya telah mengandaikan teori yang disebut tatabahasa transformasi standard itu betul, yang menyatakan pengitlakan sintaksis terbahagi kepada dua aras sintaksis yang berbeda, iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan, dan juganelitihubungan antara kedua-dua aras ini. Sekarang kita mesti meneliti dengan mendalam masalah hubungan antara kedua-dua gagasan struktur dalaman dengan struktur permukaan dan pewakilan se¬mantik. Dalam Bab 7 saya mengandaikan satu jawapan pada per¬soalan ini supaya kita dapat mempamerkan rangka sifat struktur tatatingkat makna leksikal dan makna ayat dan hubungan antara pencirian ayat positif dengan ayat negatif. Peneiitian persoalan ini . yang lebih mendalam memerlukan kita mempunyai satu takrif struk¬tur dalaman yang jelas, dan ini amat mustahak memandangkan setiap syarat takrif konsep struktur dalaman tahun 1965 telah dicabar.
Dalam tahun 1965, struktur dalaman ditakrifkan sebagai: (i) hasil rumus struktur frasa (iaitu aras yang rumus struktur frasa dapat digunakan supaya pengitlakan tentang binaan sintaksis sesuatu bahasa dapat dinyatakan), (ii) masukan kepada seperangkat rumus transformasi (yang menyatakan hubungan antara aras ini dengan deretan unsur permukaan yang membentuk ayat), (iii) aras yang menyatakan hubungan seperti subjek dan objek (perhatikan orang pernah mendakwa bahawa struktur dalamanlah yang merupakan aras yang dapat membezakan dari segi binaannya ayat John per¬suaded Bill to leave dengan ayat John promised Bill to leave), (iv) aras yang berlakunya penyisipan item leksikal (iaitu pengitlakan sin¬taksis dalam bentuk rumus struktur frasa dan rumus transformasi yang berkait hanya dengan item leksikal sebagai kumpulan atau item leksikal (dan kadang-kadang morfem) sebagai unit, tetapi bukan unit kecil.seperti komponen semantik, (v) aras yang rnenjadi tempat me¬nyatakan apa yang disebut pembatasan petnilihan (iaitu penyimpangan The speck of dust skipped to the station akan dihuraikan dengan. penubuhan pembatasan pada penyisipan item leksikal-seperti skip ke dalam penanda frasa sehinggakan untaian yang Inengandungirthe speck of dust sebagai subjek skip tidak dijanakan langsung sebagai ayat yang betul bentuknya), dan (vi) aras yang mencerapkan ketaksaan dalam ayat, dengan pemberian struktur dalaman yang berbeza berpadanan dengan setiap tafsiran ayat yang wujud (misalnya ayat yang kini terkenal Visiting relatives can be a nuisance dikatakan mempunyai dua siruktur dalaman, satu yang berpadanan deagan tafsiran sanak-saudara itu yang melawat, dengan satu tafsiran yang berpadanan dengan tafsiran mereka (penutur) yang melawat). Ter¬dapat satu lagi syarat tafsiran yang mempersembahkan jawapan per¬tama kepada persoalan saling bergantung antara penyataan sintaksis dengan penyataan semantik ini yang akan kita teliti dan (vii) aras struktur dalaman dikatakan menjadi masukan pada komponen se¬mantik.
Kita mungkin bertanya, apakah keertian dakwaan ini? Dalam tahun-tahun-selepas-1957,- apabila-Chomnsky pertama kali mem¬bicarakan betapa perlunya rumus transformasi itu sebagai sebaha¬gian daripada tatabahasa, beberapa banyak hujah telah digunakan untuk usaha menimbulkan tatarajah struktur dalaman bagi jenis ayat yang berlainan. Hujah-hujah ini boleh dikatakan berpola tekal. Dalam kebanyakan hal, struktur dalaman yang disarankan itu nam¬paknya berpadanan rapat dengan yang diperlukan dalam sesuatu pewakilan semantik ayat daripada deretan sebenar unsur ayat itu sendiri. Maka, sebagai contoh, orang menyatakan berdasarkan asas sintaksis struktur dalaman ayat perintah seperti Shut the door se¬harusnya mengandungi subjek orang kedua, maklumat yang seme¬mang diperlukan untuk tafsiran semantik ayat sedemikian; dinyata¬kan juga John persuaded Bill to leave dan John promised Bill to leave dibezakan pada peringkat struktur dalaman mengikut satu cara yang memang diperlukan bagi tafsiran semantik ayat itu, juga di¬nyatakan bahawa ayat Visiting relatives can be a nuisance dibezakan pada struktur dalaman mengikut satu cara yang berpadanan dengan usaha membezakan tafsiran semantiknya; dan sebagainya. Ber¬dasarkan ketekalan am ini, Katz dan Postal telah membuat satu dak¬waan pada tahun 1964 yang dianggap sebagai dakwaan penting tata¬bahasa transformasi model `standard' 1965 - bahawa semua unsur dan tatarajah yang perlu bagi tafsiran semantik sesuatu ayat dike¬mukakan pada aras struktur dalaman. Dengan perkataan lain, aras struktur dalamaan yang dicirikan secara sintaksis itu, yang bagi setiap ayat berupa satu tatatingkat berstruktur (penanda frasa) yang menerangkan hubungan sintaksis antara item leksikai dalam tatatingkat berkenaan, merupakan juga struktur yang menjadi wadah bagi pelaksanaan rumus semantik yang mempersembahkan tafsiran ayat berkenaan. Pendek kata, kembali kepada syarat tafsiran akhir kita terhadap struktur dalaman, asas struktur dalaman dikatakan menjadi masukan kepada komponen semantik. Berdasarkan asas inilah rumusan unjuran, yang saya garapkan dalam Bab 7, terlaksana untuk mempersembahkan pewakilan semantik ayat. positif darrayat negatif, pada keseluruhannya, kita mempunyai 7 syarat tafsiran struktur dalaman. Sekarang ini gabungan syarat-syarat ini mengakibatkan kesan yang kelihatan bercanggahan dan penyelesaian percanggahan inilah yang sekai.ang ini menyebabkan pertelingkahan di kalangan ahli bahasa.

Struktur permukaan dan pewakilan semantik Marilah
Marilah pertama kita mengambil gabungan syarat tafsiran struktur dalaman yang tersenarai di atas, iaitu (ii) struktur dalaman sebagai masukan kepada rumus transformasi, dan (vii) struktur dalaman sebagai masukan kepada komponen semantik. Jika struktur dalaman menyediakan semua maklumat yang diperlukan untuk pelaksanaan rumus semantik supaya terhasil pewakilan semantik yang sepadan an dengan tafsiran sesuatu ayat, maka ini bermakna apa jua pelaksana¬ sintaksis yang berlaku selepa's struktur dalaman ditentukan (dengan struktur dalaman atau satu macam pengubahsuaian struktur dalarnan sebagai masukan), dengan sendirinya tidak akan mengubah tafsiran semantik ayat tersebut. Apa jua urutan transformasi yang terlaksana pada mana-mana struktur dalaman, urutan ini tidak mem¬bawa kesan apa-apa pada sifat semantik ayat yang sepadan dengan struktur dalaman berkenaan. Ini bermakna tindakan ,-:,enerima syarat tafsiran (ii) dan (vii) membawa kita kepada satu dakwaan bahawa transformasi, malahan sifat-sifat struktur permukaan (setakat yang tidak menjadi.sifat struktur dalaman), tidak berperanan htlQSUng dalam peramalan makna sesuatu ayat. Dakwaan iniiah yang menjadi punca pertelagahan, perhatikan ayat (1)_(6)
1. John is an informal kind of guy and John is easy to get on with.
2. John is an informal guy and easy to get on with.
3. The man who planted the bomb were known to the police and the man who planted the bomb were careful to con¬ceal their identity.
4. The man who planted the-bomb were known to the police and were careful to conceal their identity.
5. The group went to the shop and the group bought them¬selves some new gear.
6. The group -went to the shop and.bought themselves some new gear.


Dalam setiap pasangan ayat, ayat kedua dikatakan berpunca daripada satu struktur yang setanding dengan ayat pertama melalui satu rumus pemenggalan gabungan, yang, terlaksana pada struktur ayat gabung seperti: (1), (3) dan (5), untuk membentuk struktur terbitan seperti (2), (4) dan (6), dengan satu subjek tunggal dan frasa kerja yang bergabung. Alasan sintaksis bagi rumus penghilangan subjek ini sungguh kuat, tetapi keperluan ini tidak penting bagi kita di sini. Yang lebih penting bagi tujuan kita bahawa ayat dalam setiap pasangan (1) - (2), (3) - (4) dan (5) - (6) itu sepadan. Dengan perkata¬an lain, sejajar dengan syarat (vii) terhadap struktur dalaman, rumus penghilangan subjek ini kelihatan mempertahankan makna. Malah bagi kebanyakan contoh, begitulah keadaannya. Tetapi perhatikan ayat (7) - (12):
7. Many people are married and many people are happy.
8. Many people are married and happy.
1. 9.No number is even and no number is odd.
2. 10.No number is even and odd.
3. 11. Some cakes are fruity and some cakes are not fruity.
4. 12. Some cakes are fruity and not fruity.

Hubungan sintaksis antara pasangan ayat (7) - (8), (9) - (10) dan (11) - (12), kelihatan serupa dengan hubungan yang wujud dalam pasangan ayat (1) - (6), tetapi dalam contoh ini, terdapat perubahan makna, malah dalam dua pasangan itu terdapat perubahan yang ke¬tara. Punca masalahnya terletak pada hakikat bahawa ayat ini me¬ngandungi frasa nama dengan .kata bilangan seperti some, many, no. Apabila terdapat seolah-olah satu hubungan transformasi an¬tara dua ayat yang mengandungi frasa nama dengan kata bilangan, (satu hubungan yang dalam banyak contoh lain mempertahankan makna), hubungan ini selalunya tidak mempertahankan makna.' lni memperlihatkan bahawa jika alasan sintaksis bagi mengaitkan ayat tetap kuat, maka analisis sintaksis ayat tersebut seharusnya bersifat seperti pasangan ayat lain juga, dan perbedaan makna antara dalam setiap pasangan itu seharusnya tercerap pada aras tertentu selepas rumus sintaksis berkenaan terlaksana iaitu pada struktur permukaan. Ini bermakna huraian-sintaksis seharusnya bersepadu, walaupun huraian semantiknya tidak, iaitu sebahagian tafsiran semantik itu dinyatakan pada tatarajah struktur dalaman dan se¬bahagian lain pada tatarajah struktur permukaan. Terdapat bukti lain yang menyokong natijah ini bahawa beberapa maklumat struk¬tur permukaan berarti bagi tafsiran ayat. Perhatikan ayat (13) dan (14) (huruf besar kecil digunakan untuk menandakan tekanan keras):

13. Like most BACHELORS, my husband likes chatty girls.
14. Like MOST bachelors, my husband likes chatty girls.


Ayat (13) membawa makna bahwa suami saya itu serupa dengan kebanyakan orang bujang dari segi kesukaannya terhadap gadis mulut becok: ini tidak membawa maksud yang dia sendiri bujang. Tetapi (14), dengan tekanan pada most, membawa makna bahawa suami saya it u serupa dengan kebanyakan orang bujang yang suka akan gadis mulut becok, dan tambahan pula, membawa juga makna bercanggah yang dia sendiri bujang, perbezaan tunggal antara (13) dengan (14) terletak pada tempat tekanan. Apa jua proses sintaksis yang diperlukan untuk memerikan sifat sintaksis pada (13) itu di¬perlukan juga bagi memerikan (14). Natijah alamiah yang tersim¬pul daripada pasangan ayat ini bukanlah (13) dan (14) berbeza pada aras struktur dalaman, sekaligus mengekalkan syarat (vii) dan.mem¬bezakan huraian sintaksis pada (13) dan (14), tetapi faktor seperti tempat tekanan kadang-kadang dapat mengubah makna ayat.
Dengan perkataan lain, kelihatan seolah-olah syarat (vii) terpaksa diketepikan sebagai satu syarat tafsiran struktur dalaman oleh sebab beberapa aspek struktur permukaan mungkin diperlukan untuk usaha meramalkan tafsiran semantik ayat.
Natijah ini belum lagi iriembawa kita kepada-satu-pendirian ¬yang bercanggah. Data ini hanya membayangkan pengitlakan sin¬taksis dalam bentuk rumus transformasi tidak selalunya berpadanan dengan pengitlakan semantik, yang nampaknya bergantung pada lebih daripada satu jenis maklumat-sintaksis. Malah bukti telah diketengahkan yang mengesahkan natijah bercanggahan bahawa struktur dalaman iaitu, aras yang dibentuk untuk mencerap pe¬ngitlakan sintaksis ayat, tidak merupakan satu aras sintaksis yang dapat ditakrifkan terasing tetapi ia serupa dengan aras pewakilan semantik, iaitu aras yang ditubuh untuk mencerap pengitlakan semantik ayat. Jika begitulah keadaannya, kita tidak baleh me-ngekalkan kedudukan bahawa pewakilan semantik juga bergantung pada aras struktur permukaan yang terasing.

Mengenal pasti struktur permukaan dan pewakilan semantik: hujah ketaksaan
Bagaimanakah struktur permukaan itu serupa dengan pewakilan se¬mantik ditunjukkan? Buktinya sekali lagi melibatkan kata bilangan, tetapi kali ini masalahnya berkait dengan kata bilangan dan ketaksa¬an. Dalam Bab 8 (lihat 8.4 sebelumnya), saya telah membicarakan contoh-contoh yang belum pernah diuji dari segi ketaksaan, dan contoh-contoh ini mempunyai satu tafsiran ayat yang lebih umum malah mencakupi tafsiran yang kedua. Contoh yang tersebut seperti A hundred students shot twenty professors. Yang dikatakan taksa itu antara tafsiran yang membawa makna tersirat bahawa terdapat seratus penuntut yang masing-masing menembak dua puluh orang mahaguru, dengan satu tafsiran yang membawa makna tersirat bahawa terdapat-dua puluh orang mahaguru yang tembak oleh¬seratus orang penuntut. Untuk sementara ini, marilah kita mengandaikan bahawa ayat ini memang taksa. Persoalannya: bagairnana, kah harus ketaksaan ini dihuraikan oleh tatabahasa? Menurut syarat tafsirantrukturstruktur dalaman yang keenam yang tersenarai di atas, aras s dalaman yang harus mencirikan ketaksaan sedemikian, ter¬utama jika ketSaksaan-itu-berpunca daripada binaan dan bukannya oleh sebab item leksikal yang taksa: Namun cara tunggal meneirikan kedua-dua tafsiran ayat ini haruslah dengan memberi bentuk lojis yang sepadan dengan kedua-dua tafsiran tersebut. Tetapi saya telah mengetengahkan (3.4) bahawa bentuk lojis sebagai aras yang dapat. "menghasilkan taabiran ayat melalui rumus logik am, sebenarnya merupakan aras pewakilan semantik. Ekoran itu, sekurang-kurang¬nya bagi beberapa contoh taksa, aras struktur dalaman yang diperlu¬kan untuk usaha mencirikan ketaksaan itu sendiri merupakan aras pewakilan semantik (inilah pandangan yang dikenali sebagai seman¬tik generatif). Natijah ini bercanggah langsung dengan natijah awai kita bahawa beberapa aspek struktur permukaan diperlukaan apa¬kala memberi pewakilan semantik ayat yang lengkap: jika struktur dalaman itu sendiri merupakan pewakilan semantik ayat tersebut, maka tidak munasabahlah kalau beberapa aspek struktur permukaan yang berlainan daripada struktur dalaman itu diperlukan juga un¬tuk pemerian struktur dalaman itu.

Rumus struktur frasa, transformasi dan pewakilan semantik

Sehingga ini kita telah melihat bukti yang menimbulkan keraguan pada~struktur dalaman yang ditakrifkan berasaskan syarat (ii), (vii) dan (vi), tetapi dalam dua cara yang bertentangan, pertentangan ini daripada tidak selesai di sini sahaja. Syarat takrifan struktur dalamari yang lain telah- juga dikecam. Syarat (v), iaitu struktur dalaman merupa¬kan aras yang dapat mencerap pengitlakan tentang batas kehadiran bersama, sekarang ini rata-rata telah diketepikan. Seperti yang diiihat dalam Bab 7 (lihat 7.2 sebelumnya), terdapat bukti kukuh yang menunjukkan bahawa gejaia itu bukaniahsesuatu yang dapaf dicerap¬kan pada aras sintaksis tetapi lebih,pada aras semantik. Tiga syarat lagi (i), (ii) dan (iv) yang' masih ada - iaitu struktur dalaman merupakan hasii rumus- struktur frasa, masukan kepada rumns transformasi, dan aras tempat item leksikal disisipkan. Syarat-syarat ini keseluruhannya membawa kesan yang ternyata mesti ditolak, begitulah yang dikemukakan oleh mereka yang mencuba mengekalkan gagasan bahawa struktur dalaman itu serupa dengan aras pewakilan semantik. Perhatikan penerbitan pasangan ayat The man killed the woman, The woman was killed by the man. Struktur dalamannya mengikut model- standard- lebih-kurang seperti_.dalam Rajah L' Rumus struktur frasa menjanakan tatatingkat binaan yang digam¬barkan oleh penanda frasa dalam Rajah I, dan rumus penyisipan leksikal meletakkan keseiuruhan ciri sintaksis, semantik dan fonologi yang mencirikan item leksikal daripada leksikon ke dalam penanda frasa. Penanda frasa yang lengkap itu seterusnya mengalami rumus

transformasi, khususnya rumus pembentukan pasif pilihan, yang ter¬laksana pada unsur anggota dalam penanda frasa untuk menjadikan kedua-dua siruktur permukaan yang sepadan dengan ayat The man killed the woman, The woman was killed by the man. Yang ber¬makna dalam-penerbitan ini ialah baik rumus struktur frasa mahu¬pun rumus transformasi tidak memb-uat apa-apa rujukan pada item leksikal itu sendiri, apatah lagi pada tanda semantiknya. Ini ber¬makna tersirat dalam takrif struktur dalaman sebagai hasil rumus. struktur frasa dan sebagai.:aras-tempat item leksikal-disisipkan dan masukan kepada rumus transformasi, terkandung dakwaan bahawa kaedah rumus struktur frasa dan rumus transformasi yang ditubuh¬kan untuk menghuraikan struktur sintaksis ayat dalam sesuatu bahasa tidak diperiukan untuk usaha menghuraikan struktur seman¬tik ayat tersebut dan item leksikal yang terkandung. Struktur ini dihuraikan dengan kaedah pencirian yang sama sekali lain. Dengan perkataan lain, struktur semantik leksikal clan ayat dikatakan ter¬takluk pada rumus yang berlainan, dan kekangan yang berlainan daripada rumus dan kekangan yang terlaksana pada struktur sin¬taksis. Dakwaan inilah, iaitu kesan daripada menggabungkan syarat (i), (ii) dan (iv) untuk usaha mentakrifkan struktur dalaman, yang telah dikecam juga.


Bukti telah diketengahkan menyarankan bahawa penyataan tentang penentuan semantik dalaman bagi item leksikal seperti kill memerlukan kaedah pemerian yang sama sekali serupa dengan struktur sintaksis ayat, iaitu rumus struktur frasa dan rumus transformasi, dan lebih khusus lagi rumus bebas seperti proses refleksif diperlukan bagi pencirian semantik item leksikal tertentu. Misalnya, telah dikemukakan bahawa penandaan makna bagi ayat seperti John killed Bill itu sama sahaja dengan penandaan struktur sintaksis ayat seperti John caused Bill to die. Keserupaan ini dapat diperjelas dengan memberi kedua-dua penandaan itu dalam bentuk binaan pohon (Rajah II dan III). Walaupun struktur-struktur ini tidaklatr serupa, sama ada dati segi. Tatarajah atau penandaan, tetapi struktur tatatingkat yang selari terdapat dalam kedua-duanya. Tetapi struktur tatatingkat dalam sintaksis dicerap o1eh rumus struktur frasa. Oleh sebab struktur tatatingkat ini juga dipamerkan dalam pewakilan semantik, maka dikatakan gejala ini memerlukan juga penggunaan rumus struktur frasa untuk usaha mencirikan pewakilan semantik. Bukti Yang dikatakan menguatkan gagasao ini dibekalkan oleh ketaksaan Yang dikatakan Niujud dalam ayat yang mengandungi almost. Orang mengatakan oleh sebab ayat The robber almost kill¬ed the woman itu taksa antara tafsiran si perompak hampir melaku¬kan-sesuatu yang dapat menyebabkan perempuan-itu mati dengan¬tafsiran si perompak memang melakukan sesuatu yang menyebabkan perempuan itu hampir Irlati,' dan oleh sebab struktur dalaman merupakan aras tempat ketaksaan binaan sedemikian dicirikan, maka struktur dalaman ayat yang tersisip almost dalamnya tidak dapat ditunjukkan semata-mata seperti dalam Rajah IV tetapi mesti sepadan dengan struktur yang lebih rumit seperti yang ditunjnk¬kan dalam Rajah V kerana hanya pada aras pemujaradan ini saha¬ja pewakilan struktur dalaman dapat menyampaikan maklumat bina¬an yang secukupnya untuk usaha mencirikan ketaksaan yang tim¬bul akibat almost yang dimasukkan itu. Jika struktur dalaman


ayat The robber killed the woman memang sepadan dengan struktur yang lebih rumit ini, maka seharusnyalah (a) rumus struktur frasa akan mencirikan sifat semantik item leksikal, (b) struktur dalaman tidak lagi menjadi aras tempat item leksikal kill disisipkan dan (c) struktur dalaman dari segi hat-hal yang penting serupa sahaja dengan pewakilan semantik ayat berkenaan.
Namun hujah yang ini tidak begitu utuh dan bergantung pada andaian yang lemah. Pertama, kita telah melihat bukti (lihat 8.2 sebelum ini) yang jelas mengemukakan fakta bahawa ayat yang mengandungi almost tidak taksa dari segi yang dikatakan,tetapi the woman die melibatkan satu pewakilan semantik yang tunggal. Dari itu ternyatalah data ketaksaan yang mendasari hujah ini tidak kukuh. Malah hujah bahawa bukti struktur tatatingkat dalam kedua-dua sintaksis dan semantik mengukuhkan hakikat betapa perlunya me¬nub uhkan kaedah rumus struktur frasa yang sama untuk mencerap pengitlakan-semantik-ternyata amat-lemah-lika kita tinjau kem¬bali pada Rajah II dan III (hlm 200-1) kita dapat membuat dua per¬bandingan. Dari satu segi tatarajah bertingkat itu ternyata sama.


Hujah: konsep bukan hubungan¬
Predikat: konsep hubungan
Penyataan: gabungan hujah dan predikat


Tidak ada penandaan sifat dan hubungan yang lebih daripada itu. Selain penambahan kata bilangan dan operator logik, senarai ini merupakan keseluruhan metakosa kata yang diperlukan untuk pe¬wakilan semantik. Walaupun ini dapat dikatakan satu bentuk sin¬taksis oteh sebab ia menghubungkan item dari segi urutan keduduk¬an,' ia merupakan satu sintaksis yang begitu umum hinggakan tidak mengkhusus pada mana-mana bahasa. Yang sama dalam ke¬dua-dua struktur sintaksis dan struktur pewakilan semantik ialah kedua-duanya menggunakan hubungan kaitan dan tatatingkat: ter¬dapat hubungan kaitan antara hujah dengan predikat dan antara subjek dengan kata kerja, dan terdapat hubungan tatatingkat an¬tara penyataan dan juga antara ayat. Perbezaan antara kedua-dua¬nya terletak banyak pada kemujaradan hubungan dalarn struktur semantik dan kebalikannya, pada penandaan hubungan dalam sin¬taksis - pada labelnya. Oleh sebab maklumat yang diberikan dalarn struktur semantik begitu umum, hakikat bahawa struktur itu dapat digambarkan dalarn bentuk penanda frasa hanya menyatakan, se¬mantik seperti sintaksis melibatkan hubungan tatatingkat. Natijah sedemikian tidak begitu kukuh untuk tindakan menubuhkan struktur dalaman berlainan daripada pewakilan semantik, dan sekaligus menolak pembezaan sintaksis daripada-semantik.
Namun terdapat bukti lain yang lebih bermakna yang menun¬jukkan kesahihan tindakan mengenal pasti struktur dalaman dari¬pada pewakilan-perwakilan orang pernah mengetengahkan bahwa rumus transformasi yang khususnya muncul bebas diperlukan dalam pencirian semantik item leksikal dan berdasarkan ini struktur dalaman, jika mahu dikekalkan sebagai masukan kepada rumus transformasi, pada waktu yang sama tidak boleh menjadi tempat item leksikal disisipkan sebagai unit sintaksis terkecil, tetapi mesti. Bersifarsatu pewakilan struktur yanglebih mujarad, le,bih hampir kepada bentuk pewakilan semantik. Perhatikan ayat (15)-(22):
15. This is a door which locks itself.
16. This a door which is self-locking¬
17. That is a lock which-adjusts itself.
18. That is a lock which is self-adjusting.
19. That is a man who employs himself.
20. That is a man who is self-employed.
21. That is a man who taught himself philosophy.
22. That is a man who is a self-taught philosopher.


Dalam ayat di atas, kata ganti refleksif, dan seperangkat contoh yang mengandungi item leksikal yang kompleks pembentukannya dengan bentuk awalan self. Kesepadanan antara ayat ini memang disengajakan.Jika sesuatu kata kerja tidak dapat digunakan dalam binaan refleksif, maka tidak ada kata adjektif dengan awalan self. Maka selari dengan paradigma ayat-ayat gramatis (15) - (22) terdapat paradigma ayat tidak gramatis (23) - (30).

23. * This is a woman who hesitates herself.
24. * This is a woman who is self-hesitating.
25. * This is a woman who runs herself.
26. * This is a woman who is self-running.
27. * This is a woman who steals herself.'
28. * This is a woman who is self-stealing.
29. * This is a woman who drops herself.
30. * This is a woman who is self-dropping.


Kata kerja steal-dan drop-merupakan kata kerja.transitif yang istimewa kerana kata kerja ini.tidak dapat digunakan da1am Para¬digma refleksif, manakala kata kerja hesitate dan run tidak dapat digunakan dalam paradigma refleksif kerana bersifat transitif. Di sini keselarian antara binaan adjektif partisipai dengan self dan para¬digma refleksif itu yang perlu dijelaskan. Dalam mana-mana tata-,bahasa yang menyisipkan item leksikal sebagai unit sintaksis sebelum apa-jua-transformasi berlaku, cara-mencerapkan pengitlakan yang terhasil tidak begitu jelas, kerana kenalaran binaan adjektif partisipal dengan self tidak dapat dicerap melalui transformasi refleksif, tetapi akan dinyatakan sebagai kenalaran dalam leksikon yang terpisah daripada transformasi itu sendiri. Sebaliknya, jika ayat yang-¬mengandungi binaan adjektif partisipal dengan self diterbitkan dari pada struktur dalaman yang serupa dengan binaan refleksif yang sepadan, maka nahu itu dapat menghuraikan dengan mudah perihal keselarian antara dua jenis binaan itu yaitu rumus proses refleksif akan terlaksana pada kedua-dua contoh, mencerap kekangan yang serupa dalam kedua-dua contoh, dan diikuti oleh satu rumus pilihan yang mengubah kata ganti nama refleksif dengan kata kerja kepada binaan adjektif partisipal dengan self yang sepadan. Dakwaan teoretis yang terpadu dalam nahu yang sedemikian ialah proses sin¬taksis seperti proses refieksif memainkan peranan yang penting se¬waktu mencirikan struktur pada beberapa item leksikal, sekurang¬kurangnya. Binaan adjektif partisipai dengan self ini bukanlah satu¬satunya contoh yang terdapat. Perhatikan juga (31)-(42);
31. Marijuana can be obtained freely
32. Marijuana is freely obtainable
33. This door connot be locked
34. This door is not locked
35. This dog cannot be managed/trained
36. This dog is not manageable/trainable
37. This dog is not translatable
38. This passage is not translatable
39. This girl can be hesitated
40. * This girl is hesitateable
41. * This man can be existed
42. * This man is existable.

Bagi kata kerja yang mengalami transformasi pasif, terdapat kesepadanan binaan dengan kata kerja bersama-sama akhiran -able.
Kata kerja seperti kata kerja tak transitif yang tidak mempunyai ben¬tuk pasifnya, tidak pula mempunyai binaan kata kerja dengan akhir¬an -able yang sepadan. Malah kata kerja yang luar biasa yang tidak mempunyai bentuk pasif juga tidak mempunyai binaan kata kerja dengan -able Yang- sepadan. Cantohnya, kata kerja weigh yang taksa itu. Kata kerja weigh dalam He weighed the salt mempunyai ben-tuk pasifnya; tetapi tidak pula kata kerja weigh dalam He weighs 50 kiloes. Ayat Sixty kiloes is weighed by him itu tidak gramatis. Maksud weigh yang kedua itu tidak mempunyai binaan kata kerja dengan able. Ayat This salt is not weighabte hanya mempunyai maksud weigh yang pertama sahaja. Begitulah juga ayat Our baby is unmeasurable tidak bermaksud yang bayi itu tidak mempunyai ukuran, tetapi hanya tidak mungkin seseorang dapat mengukurnya (kerana bayi itu tidak mahu duduk diam lama, dan sebagainya). Ke¬sejajaran antara sama ada kata kerja dapat membentuk binaan pasif dengan sama ada kata kerja itu dapat membentuk binaan kata ker¬ja dengan -able dapat dicerap secara alamiah oleh tatabahasa yang menerbitkan binaan morfologi kompleks yang kedua itu, iaitu dari¬pada struktur dalaman yang serupa dengan struktur dalaman bagi binaan pasif yang sepadan: jika sesuatu kata kerja itu dikatakan gan¬jil kerana tidak mengalami transformasi pasif, maka ini bermakna akibat automatisnya ialah tidak ada binaan -able yang tersebut. Tidaklah jelas bagaimanakah kesepadanan ini dapat dicerapkan oleh tatabahasa, yang menerangkan taburan binaan pasif melalui rumus transformasi, tetapi pada waktu yang sama menyifatkan item leksikal seperti manageable, trainable, readable, sellable, translatable, under¬standable, likeable sebagai item sintaksis mudah, yang dikatakan disisip pada aras struktur dalaman dengan satu kekangan yang se¬rupa dengan kekangan pada binaan pasif yang dicerap melalui rumus semantik yang sama sekaii tidak berkaitan. Dalam hal-hal seperti binaan adjektif partisipal dengan-setf dan binaan kata kerja dengan able, nampaknya kita mempunyai bukti untuk menyatakan bahwa proses transformasi ayat refleksi dan ayat pasif diperlukan untuk menerangkan struktur dalaman item leksikal. Tetapi langkah ini secara langsung membabitkan kita supaya menerima satu bentuk struktur dalaman yang lebih mujarad daripada struktur yang ter¬dapat dalam teori standard 1965. Ini membawa kita kepada satu ben¬tuk struktur dalaman yang serupa dengan pewakilan semantik ayat.


Sintaksis dan semantik ditinjau semula
Dari satu segi, kita, telah melihat bukti yang menyokong struk¬tur dalaman yang lebih mujarad berpadanan lebih dengan satu aras pewakilan-semantik: ketaksaan dalam ayat sepertiA hundred ¬students shot twenty professors nampaknya menjurus kepada nati¬jah ini; begitulah jua kewujudan binaan kata kerja dengan able dan binaan parnisipal dengan self. Terdapat juga hujah yang berkaitan dengan sifat struktur pewakilan semantik dan, ketaksaan yang melibatkan almost tetapi, seperti yang kita lihat, agak, lemah. Mala.h, kita telah meneliti bukti yang menggambarkan natijah yang ber¬lawanan - iaitu pewakilan semantik, jauh daripada kemungkinan dapat dinyatakan pada aras termujarad, terpaksa merujuk aspek¬aspek struktur permukaan yang tertentu. Pertelingkahan inilah yang telah menjadi pokok perbalahan di kalangan ahli tatabahasa gene¬ratif sejak kebelakangan ini. Pada sebelah pihak, Chomsky dan pengikutnya mengatakan bahawa kewajaran struktur dalaman se¬bagai aras tempat berlakunya penyisipan item leksikal dan. juga aras tempat hubungan subjek-objek dicirikan tetaplah utuh,' tetapi taf¬siran semantik ayat bergantung sebahagiannya pada maklumat yang ditentukan pada aras sintaksis bebas, iaitu struktur dalaman, dan sebahagiannya pada maklumat- seperti urutan kata dan peletakan tekanan yang ditentukan pada struktur permukaan. Tambahan pula penyataan rumus semantik dikatakan terpisah daripada rumus sin¬taksis, malah berlainan jenis sama sekali. Terdapat pihak yang lain, sekumpulan murid awal Chomsky mengatakan jika proses sintaksis dinyatakan secara umum sekali, aras struktur dalamannya semestilah bersifat lebih mujarad dan lebih mirip kepada pewakilan semantik. Oleh sebab struktur dalarnan sesuatu ayat dikatakan menjelaskan sifat sintaksis ayat tersebut, maka mengikut pendirian semantik generatif sifat sintaksis sesuatu ayat diramalkan sentiasa bergantung pada.maknanya. Di sini pertelingkahan ini bukanlah hanya perbeda¬n dari segi istilah di-kalangan anggota sesuatu kelompok. Malah pelingkahan ini. mempunyai arti yang agak meluas. Perteiingkahan berkisar pada sifat: kebergantung¬an antara fakta sintaksis dengan fakta semantik, satu masalah yang asas dalam mana-manateori linguistik. Ini bukanlah aspek yang kita jangkakan akan berbeza. antara tatabahasa bahasa-bahasa tertentu. Ahli bahasa sebaliknya,, dalam usaha merumuskan keadaan ke¬bergantungan sebenar antara pengitiakan semantik dengan pengitlak¬an sintaksis dalam sesuatu teori, lebih memberi perhatian pada sar¬wajagat bahasa yang kukuh jenisnya, yang diramalkan berlaku dalam semua.bahasa. Ini keranasarwajagat lenis ini merupakan sifat perlu sesuatu sistem yang mendasari bahasa manusia. Maka perte¬lingkahan ini dalam tatabahasa transformasi menyangkut semua ahli bahasa, tidak kira apa juga mazhabnya.
Bagaimana teori pilihan ini menyelesaikan paradoks yang tersirat dalam data yang bercanggahan: tadi Pertmuan meneliti data yang penjelasan sintaksisnya (tercerap melalui rumus-transformasi peng¬ilangan subjek) kelihatan serupa* tetapi penjelasan semantiknya tidak (kadang-kadang terdapat sinonim; kadang-kadang tidak). Keduanya kita meneliti data ketaksaan yang menunjukkan penjelasan sintaksis ayat mestilah lebih mujarad daripada yang pernah difikirkan. Akhir sekali, kita meneliti data yang penjelasan semantik dan sintaksisnya kelihatan berpadanan, yang menjurus kepada natijah yang sama dengan perangkat hujah yang kedua tadi, iaitu penjelasan sintaksis ayat mestilah lebih mujarad malah serupa dengan struktur seman¬tik. Perangkat data yang manakah yang membekalkan hujah ter¬kuat? Perlu diingatkan kembali ayat (1) - (12) (diulangkan di sini un¬tuk kesenangan)
1. John is an informal kind of guy and John is easy to get on with.
2. John is an informal kind of guy and easy to get on with. The man who planted the bomb were known to the police and the man who planted the bomb were careful to con¬ceal their identity
3. The man who planted the bomb were known to the police and. were careful to conceal their, identity.
4. The group went to the shop and the group bought themselves some new gear.
5. The group went to the shop and. bought themselves some new gear.
6. Many people are married and many people are happy. many people are married and. happy.
7. No number is even and no number'is odd:
8. No number is even and odd.
9. Some cakes are fruity and some cakes are not fruity:
10. Some cakes are fruity and not fruity


(1)--(6)- merupakan contoh yang mempunyai kesinoniman antara anggota pasangannya, (7)-(12) pula merupakan contoh yang tidakbersifat demikian jelas di sini bahwa: kesimpulan contoh ini tidak menjadi masalah kepada mereka yang berpandangan sifat sintaksis bebas daripada sifat semantik kerana mereka tidak mengharank ¬keserupaan sintasis akan berpadanan dengan keserupaan seman¬tik. Maka pendirian Chomsky tahun 1965 agak serasi dengan-data tersebut walaupun perlu disemak agar boleh wujud kebergantungan antara struktur permukaan dengan pewakilan semantik. Tetapi bagaimanakah dengan semantik generatif, yang meramalkan pe¬ngitlakan sintaksis berpadanan dengan pengitlakan semantik?
Beberapa orang ahli bahasa telah mengatakan bahawa data sin¬taksis tidaklah begitu serupa seperti yang kelihatan. Perhatikan (1) - (12) sekali lagi. Dalam ayat (1), (3) dan (S), frasa nama subjek da¬lam ayat gabungan pertama kelihatan merujuk orang Yang-sama (atau kumpulan orang yang sama) dengan subjek dalam ayat gabung¬an kedua. Tetapi dalam ayat (7), (9) dan (11) tidak pula begitu. Ber-dasarkan perbezaan ini, G. Lakoff (1970a) telah mengatakan rumus penghilangan subjek itu sendiri bergantung pada hakikat kedua-dua frasa nama subjek tersebut ditafsirkan beridentiti sama. Dengan per¬kataan lain, waiaupun (1) dan (2), (3) dan (4), (5) dan (6) mempunyai sumber struktur dalaman yang serupa bagi setiap pasangan, tetapi tidak pada (7) daw(8), (9) dan (10), (11) dan (12). Ayat (8), (10) dan (12) mempunyai struktur yang serupa dengan (7), (9) dan (11) sebagai struktur dalamannya, hanya apabila tafsiran itu ditentukan bagai SC melibatkan subjek yang beridentiti sama bagi kedua-dua ayat gabungan tersebuE: Ini bermakna dari- sudut pandangan ini fakta sintaksis masih berpadanan dengan satu pengitlakan semantik yang tunggal walaupun kelihatan pada lahirnya ditandai .tidak begitu Kesahan pencirian pilihan ini bergantung pada syarat transformasi penghilangan subjek hanya terlaksana apabila dua frasa nama sub¬jek: beridentiti. sama: tetapi syarat ini agak tidak memadai. Perhati¬kan contoh (9), yang. selama ini saya bicara sekali imbas sahaja. Tidak munasabah, langsung jika kita menyatakan kedua-dua frasa nama subjek itu merujuk perangkat benda yang sama.-. ia tidak meru¬juk apa apa. Ini bukanlah contoh yang tersendiri:
43: No - one other than us has a hundred dalmatians and no-one_other -than us hassix. fox cubs.
44. No, -one other than us has a hundred dalmatians and six fox cubs.
45. An indeterminate number of seeds were crushed
46. An indeterminate number of seeds are crushed and wasted

Dalam contoh (43)-(46), tidak ada syarat rujukan bersama yang dapat dipenuhi: (43) serupa dengan (9) dari segi subjeknya tidak mempunyai maksud rujukan langsung; dalam (45) subjeknya dikata¬kan merujuk satu kumpulan yang tidak tentu hinggakan mustahil kita dapat menyatakan rujukan bersama antara benda dalam kum¬pulan itu dengan kumpulan benda lain yang juga tidak tentu. Tetapi jika transformasi penghilangan subjek benar-benar bergantung pada syarat keserupaan rujukan maka (10), (44) dan (46) tentulah tidak akan.terjana oleh tatabahasa itsu. Namun oleh sebab ayat-ayat itu gramatis, dan memang terjana oleh tatabahasa, ayat tersebut tentu¬lah telah terjana melalui rumus penghilangan subjek, kerana proses sintaksis yang. terlibat jelas sama dengan yang terjadi pada (2), (4) dan (6). Tetapi berdasarkan alasan ini jugalahsyarat keserupaan ru¬jukan kedua-dua frasa nama subjek yang terlibat dalam transfor¬masi penghilangan subjek ini tidak dapat dipertahankan. Oleh sebab dakwaan ketekalan antara pengitlakan sintaksis dengan pengitlakan semantik bergantung pada syarat rujukan bersama ini, nampaknya dakwaan ini tidak lagi dapat dipertahankan. Maka keseluruhan perangkat ayat itu benar-benar menunjukkan-satu keadaan ketidak-sepadanan antara fakta sintaksis dengan fakta semantik. Ini membayangkan pendirian semantik generatif tidak dapat dipertahankan: Paling kurang ayat-ayat ini menjadi gejala penyimpangan dalam semantik generatif yang ternyata tidak ada penjelasan yang dapat dikemukakan.
Bagaimana dengan yang: berkait dengan data bercanggah bina¬an partisipal denganaelf dan binaan kata kerja dengan-able yang ke¬lihatan menjadi penyimpangan pada pendirian yang baru kita sokong?. Dalam persoalan ini, ternyata ada kesepadanan antara:keka¬ngan sintaksis terhadap proses refleksif dan proses pasif dengan ke¬kangan terhadap masalah antara leksikal dalam binaan self dan bina¬an able. Dalam hal ini, ahli bahasa yang menyakong konsep struktur dalaman: Chomskylah yang harus menjelaskan gejala.yang timbul daripada data ini. Mereka harus menyoal serapat manakah kese¬padanan antara. binaan refleksif dengan binaan partisipal dengan self itu. Langkah balas ini lebih meyakinkan daripada langkah-balas¬yang perlu diambil oleh ahli semantik generatif dalam hai transfor¬masi penghilangan subjek. Ini kerana kesepadanan itu tdaklah se¬rapat seperti yang kelihatan pada contoh (15)-(22) itu. Pertama, ter¬dapat kata kerja yang tidak mempunyai padanan bentuk binaan self waiaupun kata kerja itu mempunyai bentuk refleksif. Tidak ada kata adjektif seperti self-killed; self-saldr self-talked. Maka walaupun bi¬naan self itu keiihatan berkongsi beberapa kekangan dengan binaan refleksif namun kekangan itu tidakIah serupa. Terdapat juga binaan self yang terbentuk dengan kata mana yang tidak mempunyai padan¬an kata kerjanya, walaupun hakikatnya-jika-kata nama itu dihurai¬kan sama caranya dengan binaan-self yang lain, kata nama itu mesti¬lah diterbitkan daripada satu strnktur yang mempunyai semacam kata kerja yang sama. Contohnya terdapat self-portrait tetapi tidak terdapat self-portrayed. Kesulitan yang dihadapi sewaktu mencerap keadaan taburan yang sesuai dalam pendirian semantik generatif yang ternyata disokong oleh data tadi lebih mendesak daripada perkara-tadi. Khususnya keselarian semantik itu tidaklah sebegitu tertonjol seperti yang kelihatan. Contohnya, walaupunself-locking, self-adjusting; self-effacing- masing-masing berpadanan dengan X locks self, X adjusts self, X effaces self namun. tidak ada-ketekalan dari segi kata kerja yang mana yang mengalami proses binaan par¬tisipal lampau- darr.yang mana mengalami proses binaan partisipasi kini. Kebanyakan; kata kerja; membentulc salah satu jenis binaan sahaja dan sedikit yang membentuk kedua-dua sekali tidak ada ben¬tuk self-effaced walaupun kita mungkin dapat menerima self adjusied sebagai bentuk perkataan bahasa-Inggeris yang betul. Walaupun kita mempunyai self-taught, self--employed; self-inflicted; namun kita tidak juga mempunyai self teaching; self-employing, self-inflicting. Malah tafsirartr semantilrnya tidak tekal dalam satu jenis bentuk ter¬tentu Sebaliknya binaan partisipal dengan self itu memperlihatkan kepelbagaianmakna yang tidak sedikit. Walaupun orang yang self¬ taught itu bermakna yang mengajar dirinya sendiri, sesuatu sampul suratyang self-addressed bukanlah satu sampul surat.yang menulis alamatnya sendiriT jtka diikut pada corak maksud self taught tetapi satu sampul surat.yang telah dialamatkan kepada: diri sendin. BeBitu jugaseorang gadis Yang self-determined.bukanlah seorang gadis yang menentukan dirinya sendiri atau. seorang gadis yang ditentukan oleh seseorang hubungan.parafrasa di sini agak berbeda lagi. Malah antara bentuk-bentuk nalar pun, hubungan semantik tidak sama ahli falsafah yang self-taught merupakan orang Yang mengajar diri¬nya sendiri falsafah tetapi seseorang yang Self-employed- bukanlah orang Yang mengupah dirinya sendiri, pada masa dahulu, teiapi (ber¬beza daripadatafsiran pada self-taught) orang yang Pada waktu itu menjalankan kerjanya sendiri. Maka jika pendirian semantik genera¬tif itu dipilih, bukan sahaja kita terpaksa menubuhkan rumus pe¬nyisipan binaan partisipal dengan self yang terpisah untuk mener¬bitkan bentuk-bentuk seperti self-addressed dan self-determined, tetapi kita juga terpaksa menubuhkan rumus tersendiri untuk mener¬bitkan bentuk-bentuk nalar seperti self-taught dan self-employed yang: tersendiri, kerana sumber makna setiap satu itu berlainan. Namun masalahnya tidak berhenti di situ sahaja. Setelah rumus tersendiri tadi ditubuhkan, tatabahasa itu mesti memastikan walau¬pun terdapat rumus untuk menerbitkan binaan partisipal dengan self daripada. kata kerja kala kini (untuk merangkumi self-employed), rumus itu tidak boleh terlaksana terhadap kata kerja seperti teach. Begitulah sebaliknya bagi employ: walaupun terdapat rumus tersendiri untuk menerbitkan binaan partisipai denganself- daripada kata kerja kala lampau; rumus tersebut tidak harus,terlaksanaterhadap kata kerja seperti employ. Maka; jauh daripada memberikan pen¬jelasan yang sekata terhadap data tersebnt pendirian semantik generatif terpaksa menumbuhkan sebilangan besar rumus transformasi untuk mencirikan satu perangkat binaan self, dengan setiap rumus terlaksana di bawah syarat yang berlainan datt terlaksana hanya pada seperangkat kecil kata kerja sahaja. Inilah kesulitan yang dihadapi oleh tatabahasa yang mencoba mencerapkan-hubungan antara self¬denying dengan denies: self melalui transformasi refleksif. Dalam sesuatutatabahasa yang mengandungi struktur dalaman sebagai tem¬pat itenr leksikal disisipkan sebagai unit, kesulitan sedemikian tidak timbul kerana tatabahasa tersebut tidak berusaha mencerapkan hubungan itu secara langsung melalui rumus transformasi Kesemua binaan partisipal dengan. self tersenarai dalam leksikon seperti item leksikal-lain, bersama-sama ciri sintaksis; fonologi dan semantic masing-masing. Apa juga hubungan yang -mungkin wujud antara bentuk-bentuk dalam leksikon itu dicerapkan oleh rumus lewah (lihat 6.2.3); dan oleh sebab terdapat hubungan antara bentuk-bentuk ini dengan padanan kata-kerjanya, gejala ini dapat dicerapkan oleh rumus lewah. Dengan perkataan lain, nampaknya seseorang ahli bahasa penganut aliran Chomsky harus mengakui bahawa keselan¬jaran antara binaan partisipal dengan self dengan binaan refleksif tetap tidak dapat dijelaskan, sekurang-kurangnnya secara langsung dalam satu model yang mengandungi aras struktur dalaman meng¬ikut kerangka sintaksis standard. Tetapi dalam hai ini pun kita masih dapat mempersoalkannya sama ada ia dapat dipertahankan kerana kenalaran yang terlibat itu tidaklah memadai untuk membenarkan kerumitan sedemikian dalam tatabahasa yang diakibatkan daripada penjelasan sintaksis data tersebut.
Hujah yang serupa dapat dikemukakan bagi hal keselanjaran antara binaan kata adjektif -able dan kata kerja dengan binaan pasif. Seperti binaan. partisipal dengan self, hubungan maknanya tidak tekal. Manageable mungkin berpadanan dengan able to be managed (lihat hlm 206-207 sebelumnya), tetapi preferable tidak berpadanan dengan able to be preferred, sebaliknya kepada is preferred: Valuable tidak berpadanan dengan mana-mana parafrasa di atas tetapi berpadanan dengan is highly valued. Masalah yang sama juga dihadapi dengan despicable; detestable, likeable dan sebagainya. Malah beberapa kata abjektif dengan -able tidak mempunyai bentuk dasarnya: amicable, amiable, miserable, sociable. Umumnya, bentuk seperti item par¬tisipal dengan self dan item kata kerja dengan able menunjukkan sifat keganjilan dan kepelbagaian yang lazim pada proses leksikal, dan yang tidak lazim terdapat pada proses sintaksis. Berdasarkan alasan ini kita dapat mengatakan bahawa. data ini tidaklah begitu kuat sebagai bukti untuk menentang sesuatu tatabahasa yang men¬janakan item leksikalvsebagai. item sintaksis ringkas; iaitu tersenarai dalam leksikon, seperti yang kelihatan pada tanggapan awal.
Bagaimanakah dengan hujah-hujah lain yang menyokong satu aras strukturdalaman yang lebih mujarad daripada yang digambarkan oleh sesuatu tatabahasa. yang menyisipkan item leksikal sewaktu di struktur dalamannya? Hujah pertama berkait dengan ketaksaan dalam ayat seperti A hundred students shot twenty professors, pencirian yang hanya dapat diberi berdasarkan..dua: bentuk logic ayat terscbut, iaitu pewakilan semantiknya.Hujah kedua.adalah: kerana pewakilan semantik itu umumnya melibatkan struktut bertingkat, maka pewakilan itu mestilah terjana melalui rumus struktur frasa, untuk memastikan hasil rumusrini,. iaitu struktur dalamannya, serupa dengan pewakilan semantik. Hujah ketiga menyangkut apa yang dikatakan ketaksaan pada ayat seperti John almost killed the hostages, satu sebagai yang terpaksa merujuk satu aras struktur yang menggambarkan kill sebagai himpunan komponen cause to die, dan bukan setakat satu item leksikal tunggal semata-mata. Kita telah pun mondapati bahawa dua daripada hujah ini amat lernah. Sebaliknya ayat yang mengandungi almost tidak taksa, dan tidak ada natijah yang diperoleh daripada hujah yang berdasarkan data taksa yang sedemikian. Sebaliknya daripada syarat pencirian pewakilan semantik sesuatu ayat berdasarkan struktur tatatingkat maka tidak bermakna struktur tersebut serupa dengan struktur yang diperlukan untuk huraian sintaksis ayat tersebut. Bagaimanakah dengan hujah pertama, yang berkait dengan ketaksaan ayat berbilangan A hundred students shot twenty professors? Pertama, kita tidak pasti apakah ayat ini taksa mengikut makna yang dinyatakan atau hanya mempunyai pewakilan semantik tunggal yang menentukan percanggahan dalam semua makna yang mungkin benar pada ayat ini. Kalaupun kita mengandaikan ayat itu benar-benar taksa, apakah kesan ketaksaan itu pada. aras struktur dalaman? Katakan ketaksaan diterima sebagai bukti wujudnya struktur dalaman sesuatu ayat; maka sememangnyalah ketaksaan ayat itu akan menyebabkan penubuhan satu struktur dalaman yang lebih-mujarad. Tetapi perlu diingat tujuan asal mengadakan aras struktur dalaman itu.. Aras ini ditubuhkan untuk menjelaskan pengiklakan sintaksis dalam bahasa. Tetapi ketaksaan merupakan gejala semantik Dari itu, data-ketaksaan tidaklah bqleh dijadikan bukti untuk menubuhkan satu aras struktur dalaman yang sedemikian namun dalambeberapa:hal, ketaksaan yang berkenaan membawa kesan sintaksis Yang berlainarr bergantung pada tafsiran yang diberikan pada ayat: Contohnya; bukan ketaksaan dalam ayat Visiting relatives can be a nuisance itu yang menjadi;bukti.untuk mengadakan dua struktur dalaman bagi ayat, iniv hakikatnya kedua-dua tafsiran ayat ini mempunyai sifat sintaksis yang berlainan, yang satu dengan bentuk -ing sebagai bentuk kata kerja gerundif dengan relatives sebagai, objek kata kerja, manakala bentuk-ing yang satu lagi sebagai bentuk partisipal kala: kini bukan - finit dengan relative sebagai subjek kata kerja.. Kesemua contoh ketaksaan yang: digunakan oleh Chomsky sebagai bukti konsep struktur dalamannya yang’standard' itu.bersifat demikian yaitu tafsiran semantik yang bercanggahan itu mempunyai tabiat sintaksis yang berlainan. Pada umumnya,. syarat penentu terhadap struktur- dalaman berhubung ketaksaan ini bukan setakat struktur dalaman sebagai aras yang mencirikan ketaksaan tetapi aras struktur dalamanlah yang memberikan dua (lebih daripada satu) pencirian pada ayat taksa jika tafsiran ayat tersebut mempunyai tabiat sintaksis yang berlainan. Daripada syarat yang ditxnjau kembali itu ternyatalah bahawa ketaksaan dalam ayat A hundred students shot twenty professors akan hanya menjadi bukti untuk mewujudkan aras struktur dalaman yang lebih mujarad jika pencirian sintaksis ayat ini berbeza mengikut mana-mana tafsiran yang terlibat. Ternyata tidak begitu halnya: dalam kedua-dua hai kita mempunyai frasa nama dengan bilangan sebagai subjek dan objek yang seterusnya dihubungkan dengan kata kerja transitif: Dalam kedua-dua tafsiran itu huraian sintaksisnya serupa. Jika begitu, kalaupun kita menyatakan wujud ketaksaan dalam ayat A hundred students shot twenty professors; ini tidak ada kaitannya dengan keperluan menubuhkan satu aras struktur dalaman yang ditentukan oleh sintaksis. Ayat yang sedemikian hanya merupakan satu contoh betapa perlunya satu pewakilan struktur dalam terpaksa diterapkan pada dua pewakilan semantik. Kalaupurr proses pemetaan ini memerlukan penyataan rumus, ini bukanlah masalah dasar.


Kesimpulan
Keseluruhan persoalan yang ditimbulkan dalam bab ini berkait dengan hubungan antara pengitlakan semantik. dengan pengitiakaa sintaksis: Dalam kerangka tatabahasa transformasi persoalan ini dapat, diungkapkan secara jelas kerana huraian sintaksis yang diberikan terhadap bahasa melibatkan aras struktur dalaman yang telah digariskan dengan jitu.. Itulah sebabnya kita telah meneliti tafsiran terperinci struktur dalaman yang diterima pada tahun 1965. Seperti yang dilihat tidak semua syarat. tafsiran itu dapat dipertahankan; dan ahli bahasa tidak mencapai kata sepakat tentang yang mana yang petlu diketepikan. Sesetengah ahl'rbahasa-tidak lagi-mengakui bahawa struktur dalamanmerupakan aras yang mendasari pencirian pewakilan semantik, malah bukan satu-satunya dasar tunggal, manakala yang lain tidak lagi mengakui bahawa struktur dalamarilah yang memberi penciriantatatingkatpada untaian item leksikah Bagi kumpulan ahli bahasa yang kedua ini struktur dalaman sebagai pewakilan semantik ayat memang merupakan struktur bertatatingkat yang menghubungkan himpunan komponen semantik.
Bukti yang telah saya bicarakan dalam bab ini nampaknya menunjukkan betapa betulnya pandangan pertama tersebut. Pandangan ini sahajalah yang serasi dengan pandangan tradisional yang menyatakan struktur semantik dan struktur sintaksis bahasa merupakan dua sistem yang bebas, tetapi saling berhubung antara kedua-duanya. Tetapi kita perlu ingat bahawa perkara ini ada kaitannya dengan hujah lain yang lebih luas cakupannya daripada yang dapat saya bicarakan di sini. Masalahnya berkait dengan sifat pewakilan semantik, yang kebetulannya tidak pernah ada kesepakatan, dan konsep struktur dalaman yang tetap menjadi pertelingkahan walaupun telah diubah dan tidak diterima oleh ramai ahli bahasa yang membicarakan bahasa dalam kerangka tatabahasa transformasi. Maka masalah hubung kait antara sintaksis dengan semantik.tetap menjadi persoalan yang tidak kunjung padam: semakin bertambah pemahaman kita tentang-kedua-dua sintaksis dan semantik, semakin berubahlah pemahaman kita tentang hubang kait itu. Yang dapat dicapai oleh satu pembicaraan ringkas seperti ini hanya menunjukkan gambaran corak hujah yang telah diambil dan mengapa: hujah itu sedemikian rupa. Bagi perkara lain, persoalan ini tetaplah persoalan yang tiada penamat, bergantung pada tafsiran ahli bahasayang bercanggahan tentang aspekyang sedang dikaji.
Semoga resume Tentang Sintaksis dan Semantik bermanfaat bagi Anda

Tentang Sintaksis dan Semantik

About Author

Advertisement

Post a Comment

Yang sudah mampir wajib tinggalkan komentar

 
Top